Followers.

Halaman

6 Punca Malas Belajar.


16 April 2012




Δƨƨαℓαмʋαℓαικʋм ^^


Belajar adalah kewajipan seorang pelajar , hidup tanpa belajar bagaikan raga tanpa
jiwa. Tetapi , masalah malas belajar selalu menghantui ramai pelajar pelbagai
peringkat. Berikut adalah antara alasan mengapa kita sering malas belajar.


1. Susah memahai soalan atau isi pelajaran.
Permasalahan ini sering dijadikan alasan untuk malas belajar.Untuk mengatasi masalah
tersebut , kita boleh belajar berkumpulan dengan kawan-kawan kita.


2. Keadaan sekitar tempat belajar.
Seandainya persekitaran tempat kita belajar tenang , maka kita dapat fokus untuk belajar
dengan mudah. Seelok-eloknya , pelajar haruslah mencari tempat belajar yang kondusif 
dan kurang gangguan.


3. Keinginan bermain 'game'.
Pelajar yang selalu bermain permainan komputer akan secara automatiknya mengganggu
minatnya untuk belajar. Ini kerana ketagihan dan susah untuk berhenti bermain sehinggalah
puas atau misi gamenye tamat. Untuk mengatasi masalah ini , kita haruslah membuat satu 
jadual harian dan perlu ada disiplin yang tinggi untuk mematuhi jadual tersebut.


4. Mood.
'Mood' kita sangat mempengaruhi semasa kita melakukan sesuatu aktiviti , ini termasuklah
juga belajar. Pelajar haruslah sentiasa dalam mood yang baik dengan mengatasi sebarang
masalah secara efektif.


5. Kekurangan prasarana.
Kekurangan bahan untuk menyokong pembelajaran mendorong pelajar kurang minat
belajar seterusnya mengundang sikap pemalas.


6. Fizikal kurang sihat.
Apabila kita sakit , maka kita tidak dapat belajar dengan baik , masa itulah juga baru
kita nak menghargai dan bersyukur sekiranya ada tubuh badan yang sihat. Oleh itu ,
jagalah kesihatan kita sepanjang masa.


Sumber.
▲Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Shuhada ! Comment Kalau Suke !▲

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © 2010-2014 .All right reserved by Иʋяʋℓ Ƨнʋнα∂α