Followers.

Halaman

Maaf Hati , Aku Tidak Jujur Denganmu.



25 April 2012


Δƨƨαℓαмʋαℓαικʋм ^^




Hati ,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?


Hati ,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.


Hati ,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa , dengan sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum , kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun telah berkali-kali kamu terluka dan berdarah.


Hati ,
Kamu tahu , ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
Bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi aku sudah terlebih sayang!
Aku harus jaga kamu baik-baik.
Kamu tahu itu , bukan?






Hati , 
Usah bersedih jika rasamu tidak ditunaikan.
Ingat , siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia , Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada dia ya.
Bukankah dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin , itu kuncinya.


Hati ,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku , Hati?
InsyAllah , kita sama-sama saling menjaga ya?


Bagaimanapun Hati , aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang
menciptakan , bagaimana Dia boleh membuat Hati sekuat ini untuk menanggung
beban yang amat berat.


SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar.


"Bila Hati Itu Bertulang."


Sumber.
▲Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Shuhada ! Comment Kalau Suke !▲

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © 2010-2014 .All right reserved by Иʋяʋℓ Ƨнʋнα∂α