sayang aku. siapa lagi kalau bukan zulhelmi. dia la kebahagiaan aku. dia buat aku sedih pun, kemudiannya aku happy balik. semua sebab dia. pada mulanya semua nya memang la bahagia.tapi makin lama, makin mencabar. biasa lah bila dah jadi milik orang ni, ramai yang berminat. pada mulanya, aku sendiri tak tahu macam mana boleh bersama. setakat yang aku ingat, dia ni budak baru kat sekolah time form4. time form4 ni la ramai budak baru kan. duduk kelas 2 dari kelas aku. tiap kali nak masuk kelas, lalu kelas aku. mula2 tak ada pun nak pandang dia ni. yela sebab time tu dengan orang lain. ada la rumor kata dia suka aku la apa la( kalau tak silap tapi tak nak perasan). lepastu minta la wc dia ni kat airil. airil tak bagi pun, suruh cari sendiri. dia ingat aku tak boleh cari sendiri ke? hahahhha lepastu dapat wc dia sebab haikal bagi. thanks to him :p then, sembang macam biasa. layan nak tanya je walaupun aku yang tegur dia dulu. pakwe time tu makin lama makin busy. yang zul ni pula layan aku kemain rajin. siapa tak terpikat kan? (time tu tak matang lagi, takde otak). sembang la. dia sanggup tak tidur malam teman aku. sembang dengan aku. lepastu tak lama tu aku putus dgn pakwetimetu. then rapat dgn dia. tak declare pun couple. just rapat2, and kawan2 semua anggap kiteorg couple. dia pun kata tak kesah time tu. rapat la lama2. time tu pergi pwtc ada pesta buku. dia ada je dengan aku time tu. selalu je dengan aku. hahahha kenangan. keluar sama tengok wayang la. makan sama2. dia ada kata, dia sanggup tidur rumah airil sebab nak chat aku sebab time tu dia takde phone kan. kena pinjam airil. aku pun cam wow effortnya dia ni. aku pun suka kat dia. sayang kat dia. time ni dah matang. dah fikir nak kahwin. boleh pilih nama anak, aina khalisha ye. comel sangat. lepastu, tak tahu la sebab apa, punca apa. dia cam ada yang kata suka budak cina la apa la. act tak kesah sangat pun walaupun hati tu sedih juga. yela siapa tak sedih kan bila macam ni? siapa yang pernah rasa je tahu sedihnya cemana. tapi takpe sebab dia kata dia cuma suka je, tapi dia sayang aku sorang je. dia kata dia teringin nak jadi playboy. hahhahaha budak2, biasa lah. aku pun sebab sayang kan, aku cuba la faham kehendak dia. cuma aku ni kadang biasa la perempuan, suka menyembang dengan kawan2. kadang tu memang niat nak rahsiakan tapi yela perempuan kan hahahhahaha. lepastu dia kata kat kawan2 dia yg aku dgn dia dah takde pape, sebab dia nak try budak cina. aku cam sedih la. sedih tahu? tapi nak buat cemana. takpe la, aku faham. aku okay je dengan kehendak dia yang penting dia tak ignore aku. aku bagi la dia nak keluar dengan kawan ke, nak pergi cc ke, nak pergi lepak ke. (lepak dengan budak cina-_-). aku ikutkan je. sebab aku sayang. lepastu dia dah jarang chat aku. aku jadi sedih la. marah. aku bagi dia keluar dengan budak cina, lepak, cc semua tu. kenapa nak ignore aku? sampai mana dengan aku, dengan aku la. aku dah berkorban kan. sayang la aku balik. tapi ada la salah faham itu ini. lepastu baik. salah faham lagi. baik lagi. begitu la seterusnya. tak lama tu, dia post story berbuka dgn budak depan tu perempuan melayu. sumpah aku sedih. sedih sangat. sayu hati aku. memang dia ada cakap nak berbuka dgn kawan dan aku pun tahu mesti ada perempuan. tapi aku tak sangka dia sanggup post story gambar perempuan tu. kenapa bagi aku nampak. tapi kenapa. dia pakai dp perempuan tu. aku sedih. sedih sangat. kenapa boleh jadi macamni? apa salah aku? silap mana yang aku buat kat dia? dia tak sayang aku dah ke? kenapa dia suruh aku pergi? kenapa macam ni? dulu dia kata dia sayang aku.aku cakap takpe, boleh nak dengan perempuan tu. dengan perempuan lain tapi jangan post. jangan bagi aku nampak. aku tak nak sedih. aku sanggup buat apa je untuk dia bahagia. aku tahu dia baik. aku pernah nampak buruk dia dan aku masih lagi sayang dia. tapi kenapa dia tak hargai aku? kenapa dia tak nak maafkan silap aku? aku cuma nak bahagia. dia tak tahu ke kebahagiaan aku tu dia. dia yang meletakkan diri dia sebagai kebahagiaan aku. dia letakkan diri dia tu sebagai kebahagiaan aku waktu dia berjanji nak kahwin dengan aku. dia kata sayang aku. dia suka cara aku confess. dia kata dia suka marah aku. dia suka rajuk aku. setiap hari dia semakin sayang aku. kenapa hari ini bukan? kenapa harini bukan hari yang mana sayang kau kat aku semakin kuat? walaupun sayang aku kat dia tak pernah bertambah dari hari ke hari, tapi sayang aku kat dia ni tak pernah berkurangan. kenapa dia tak faham aku cuma nak dia. aku tahu aku tak patut percaya dengan janji dia tapi aku sayang dia. aku percaya semua yang dia cakap yang mana sekarang memakan diri aku sendiri. aku tak kesah kalau dia nak sakitkan hati aku, yang aku nak cuma rasa yang dia ada dengan aku.aku cuma harap aku dapat berbaik dengan dia semula sebab aku pun nak bahagia :)
setiap hari, aku seperti
memberi lembaran baru pada dia
untuk dikoyak
tapi aku tak kesah
kerana sentuhannya menghidupkanku
walaupun merosakkanku



Tiada ulasan:
Catat Ulasan