Followers.

Halaman

Trip to Melaka after UPSR 2012. [Part 4]

Assalamualaikum.Annyeong! :)
Okay, lepas check out hotel and naik bas terus pergi dekat tempat yang kiteorang akan 
breakfast.Sama jew tempat nya dengan tempat kami dinner :) Lepas semua dah berkumpul 
terus gerak pergi Water World. Kami tak masuk Water World pun tapi masuk dekat 
sebelah dia tu. Someone please tell me what the name of place? Kay, lupa-.-Berkumpul ikut 
kumpulan and cikgu bagi satu gelang nie. Well, nak masuk mesti lah kena ada benda alah tu 
kan? Lepas semua dah pakai, beratur untuk masuk. Dekat Melaka nie canggih sikit. Dia tak 
scan tapi tanda tangan dekat gelang tu. Memang canggih lah kan. Sign autograf kononnya ;p 
Sebelum masuk tu, shuhada masih dalam barisan suddenly budak2 menjerit macam nampak 
apa jew. Suruh zarith tengok, cuma ada gajah and parrot dekat depan tu. Poyo nak mampos 
sampai jerit2 macam nampak Nazim Othman/Aaron Aziz jew-.- Lepas dah masuk tu memang 
tak berani lah nak dekat dengan gajah.Tengok jauh2 then usya mata dia. Ya Allah, cantiknya. 
Dia pakai contact lens ke nie!? Warna coklat kalau tak silap mata dia. Well, nampak real 
mata dia. Parrot tu ada dekat sebelah gajah, so buat tak nampak je gajah tu then terus 
pergi dekat parrot. Hahaha, cantik kay bulu dia<3 Ada pekerja yang jaga. Akak tu serious 
cantik, macam parrot tu juga :p Baju akak tu warna putih and warna bulu parrot tu pun 
warna putih. Serasi lah kak :p hahaha, sakai much. Belai2 bulu dia, kemas, lembut bulu dia. 
Cantik pun cantik.Then ternampak ada parrot bulunya warna-warni tapi akak tu tak letak 
dekat tangan.Dia letak dekat atas kayu. Ada budak cuba belai2 bulu parrot tu tapi parrot 
tu nak patuk budak tu. Terus tak jadi nak dekat. Hahaha, patutlah akak tu tak pegang, 
dia pun takut maybe :p Lepas tu terus bla beratur ikut kumpulan. Kumpulan yang sampai 
dulu dah gerak pergi mana entah. Then kena beratur ikut line. Punyalah pening lalu tempat 
tu. Pusing2-.- Agaknya nak bagi kita mabuk kot. Tunggu punya tunggu ada satu trak nie. 
Warna trak tu belang2 macam warna kulit HARIMAU. Lepas tu jaring2. Comel jew xD 
Kumpulan depan naik dulu. Tunggu punya tunggu sampai giliran kumpulan 3. Yeah, 
shuhada and the gang kena duduk depan-.-Dia kata ada 3 zon. Satu zon yang ada kijang 
semua tu. Eh, yeke? hahaha-.-Zon dua ialah zon panas. Ada kambing gurun, kerbau, unta, 
zirafah, kuda belang and others.Zon ketiga nie ialah zon pemangsa yang ada buaya, singa, 
lubuk and harimau. Eh, betul ke nie!?Main cakap jew-.- Mula2 masuk jumpa singa dulu. 
Comel jew singa tu. Ada yang tengah baring,duduk macam kucing. Awww<3 
Rasa macam nak peluk jew singa tu-.-Hahaha, bila trak berhenti.Dia datang dekat. 
Ya Allah! Comelnya singa yang pakai tudung nie<3 Lepas tu pandang kiri ke kanan entah 
ada buaya. Kalau tak silap ada dua ekor jew buaya nya. Tu pun duduk diam macam 
patung-.-Grrrr~ Lepas tu nampak harimau and lubuk. Singa dengan buaya dia kurung 
tapi harimau dia lepas kan. Berpusing2 harimau tu. Tapi sayang dia tak datang dekat. 
Dia cuma duduk dekat tempat dia jew :3 Nak sangat dia datang dekat then usap2 kepala 
dia macam kucing :D Ngeee~Lepas dah berpusing2, naik turun naik turun macam roller 
coaster kiteorang turun dekat tempat kiteorang naik tadi-.-hahaha! After that terus gerak 
pergi tempat nak tengok persembahan gajah<3 Kay, buy a few sugar cane nak bagi gajah 
tu makan xD Kiteorang tak bagi mula2,simpan dulu makanan tu. Nak tengok apa yang 
kiteorang tengok? Here :)



First picture tu macam mana gajah duduk :) Second picture nie gempak sikit. Ada lah 3 ekor
gajah nie tidur then setiap ekor gajah ada orang jaga. Firstly orang tu gerak gajah yang ada 
dekat belakang dulu then gajah tu gerak yang lagi seekor and gajah yang pertama bangun tu 
pergi belakang and gajah yang kedua bangun tu pergi gerak gajah pertama yang ada dekat 
depan.Gajah tu tak nak bangun. Hahaha, serious lawak. Gajah kedua tu gerak pakai belalai 
dia. Dia pukul2 badan gajah pertama tu. Lepas tu gajah yang pertama bangun tu masuk siap
bawa baldi dengan air.Dah agak dah, memang dia nak siram jew gajah tu. Hahaha, then dia 
siram and gajah tu terus bangun :) Sementara tu, ada pengacara tu cerita pasal gajah. 
Gajah asia and others. Dia cakap boleh angkat kayu, simpan air and sembur air bagai. 
Third picture tu dia tunjuk yang gajah melukis ikut perasaan dia. Kalau lukisan tu cantik 
means gajah tu tengah happy :) Ada dua ekor gajah. Gajah yang dekat dengan tempat duduk 
shuhada nie lukis cantik sikit berbanding dengan gajah yang sebelah sana iaitu gajah yang ada 
dalam gambar ketiga tu :) Seriously, lukisan gajah tu lagi cantik dari lukisan shuhada-.-Lepas 
tu dia ada jual lukisan tu. Kay, memang cikgu tak bagi beli lah kan-.-Sebelum keluar, bagi 
sugar cane tu dekat gajah. Gajah tu kemain ganas lagi ambil sugar cane dari tangan shuhada. 
Kena lempang juga gajah tu nanti. Hahaha-.- Lepas tu berkumpul. And terus bergerak dekat 
satu tempat nie.Ada arnab, kambing, merak, kuda and others. Act, tu jalan nak masuk 
dekat tempat Multi Animal Fun Play.Dekat situ ada kucing buat persembahan, kambing 
buat persembahan. Ada tikus, kerbau dengan beruk.Eh, yeke? hahaha-.- Here :)


Seriously, banyak benda yang kami tengok dekat situ. Beruk cium orang. Kambing
cium orang.Kucing comel jalan terbalik. Kucing kiut terbang. Melompat sana nie.
Hahaha<3 Binatang naikkan bendera Malaysia. Pusing2 macam gimrama :p Gambar
atas nie dah macam Pandelela Rinong. Hahaha-.-kay gurau ;* Papan anjal.Okaylah,
next part pasal burung and monkey island :) Jumpa dekat part 5 pula :)
19 September 2012

▲Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Shuhada ! Comment Kalau Suke !▲

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © 2010-2014 .All right reserved by Иʋяʋℓ Ƨнʋнα∂α