Followers.

Halaman

Trip to Melaka after UPSR 2012. [Part 1]

Assalamualaikum.Annyeonghaseyo!
*Dapat ambil A'FAMO jew yang SA tu tak sempat :3
Jumaat semalam sekolah shuhada ada buat trip pergi Melaka untuk bersantai selepas UPSR
2012 :) Memang excited gila lah kan. Sebelum tu, hari Khamis last paper B.I paper 2.
Okay, lepas dah keluar dewan and berkumpul dekat dataran glomac semua muka calon2
dah bersinar-sinar. Hahaha! Cikgu Nazari a.k.a cikgu disiplin dah bagi amaran jangan main
tepung. Cikgu Nazari cakap kalau dia lepas habis UPSR, dia baling beg.Apa lagi, budak2
pun pergi lah baling beg. Here :)

Gambar tak berapa nak clear tapi rasa nya cukup clear kot.Tengoklah, kalau ada ter-
nampak beg warna purple tu beg shuhada lah xD Time baling memang happy gila then
terus marah2 sebab tension beg jatuh atas kepala.Lagi2 siapa yang kena beg yang berat.
Lepas dah baling beg cikgu suruh solat dulu and makan sebelum ambil paper 
Ujian Aptitud pukul 2 lebih. Memang susah gila soalan 1 hingga 10. Mahunya pecah 
kepala nak jawab 61 soalan.Nasib baik start pukul 2 lebih and masa habis pukul 4. 
Dalam 3.30 dah ramai yang siap. Lepas habis semua paper, budak2 yang pergi
Melaka diminta berkumpul.Kay, memang balik lambat lah kan. Lepas cikgu dah 
cakap2. Semua balik. Malam tu baru kemas barang. Trip kali nie tak berapa nak 
semangat sangat. Entah kenapa :3 Esoknya bangun semua dah siap.Kay, get ready
nak gerak pergi sekolah. Zarith kata mak dia ambil shuhada dekat rumah.Okay, great.
Dah sampai sekolah, tolong2 cikgu sikit. Ambil topi and others. Cikgu bagi sarapan.
Makan ikut kumpulan. Lepas siap makan semua, hari macam nak hujan. Cikgu cepat2
buat kumpulan and bagi topi. Dah dapat topi gerak pergi naik bas. Shuhada kumpulan
dengan Zarith, Elina, Farisha, Fatin, Zulaiqha, Hafizah,Tasha, Qistina and budak kelas 
M tak ingat nama dia :3 Dapat bas A. Satu bas dengan kumpulan Cikgu Nazari and 
Cikgu apa entah namanya :3 tak tahu. Shuhada kumpulan 3 and cikgu pengiringnya 
Puan Saiza ;) Memang awesome lah kan.Dalam bas kami 'berkaraoke'. Mula2 tu
memang lah layan juga kan.Lama-lama sakit telinga juga.Dah lah duduk sebelah 
speaker.Memang nak pecah gegendang telinga :3 Jalan punya jalan, bas stop dekat 
sebuah kedai nie. Tak ingat namanya. Makan tengah hari dekat situ. Lepas dah siap
makan semua tu.Naik bas balik.Jalan punya jalan sampai dekat A'famosa. Memang
semua terus bangun dari tempat duduk lah.Macam tak pernah pergi jew kan. Mula2
pergi Water World. Dah masuk situ bukannya dapat mandi lagi.Tengok air dulu lepas
tu terus bla pergi tempat yang agak datar and ada pasir.Ada telematch katanya. 
Semua orang dapat hadiah. Mula2 game untuk lelaki and seterusnya perempuan.
Bergilir2.Shuhada pun join.Game tu ikut masa.Bila time shuhada punya turn jew masa 
habis.Dua kali kena.Memang tension jew lah kan. Hahaha, tak menang pun and tak 
dapat hadiah pun-.-Menipu jew :3 Lepas habis telematch kami dibebaskan untuk 
bermandi-manda :) Mula2 mandi kat tempat biasa jew yang ada ombak mengikut 
masa yang telah ditetapkan. Lepas tu nampak Cikgu Hafizah naik atas. Shuhada tanya 
cikgu nak pergi mana. Cikgu kata cikgu ikut Cikgu Intan.Shuhada and the gang pun ikut
jew lah kan. Jalan punya jalan jumpa satu tempat game nie. Shuhada and the gang
panggil gelongsor tu 'gelongsor baby' :3 Bukan sebab macam budak kecil ke apa tapi
sebab menyeramkan sangat. Gelongsor yang boleh naik ramai2 tu. Tak tahu ke?
Alaaa, okay yang dekat bawah nie.
Nampak? Atau terlalu kecil? Harap2 nampak lah sebab curi dekat google :3 Mula2
kena nak tangga yang tinggi gila tu and beratur dulu and tunggu pelampung tu naik atas. 
Firstly dapat dekat orang depan and seterusnya dapat dekat GD-.-Semangat betul dia 
tu.Pelampung sampai terus lompat masuk dalam-.-Dekat situ ada Faiz, Anwar and 
kawan dia lagi seorang tak kenal-.-Faiz act dah cuak nak naik benda tu. Shuhada 
punya rilek ejek2 faiz kan. Ceh, tak adalah ejek :p Okay, pelampung sampai.
Shuhada and the gang yang punya! hahaha :) Second pelampung Faiz and the gang.
Time dah duduk dalam pelampung tu dah dup dap dup dap jew jantung nie. Lepas
tu abang dekat situ tolak.Mula2 turun biasa jew.Bila dah sampai time corner corner
tu mula lah rasa macam nak terbang. Hahaha, lagi2 shuhada nie dapat tepi kan-.-
Memang best lah.Dekat dalam tu memang tak boleh nak buat apa selain pegang
tempat yang dia sediakan tu and menjerit. Jerit lah sekuat2 hati.Lepaskan geram
dekat situ.Yang Puteri dah rilek jew pegang sebelah. Shuhada sempat lagi suruh
Puteri pegang tapi dia watlek hebat jew. Serious sakit badan naik benda tu.Bila
dah sampai bawah semua menggigil jew. Semua dah turun dari pelampung, 
shuhada dah terkaku dekat atas pelampung tu. Hahaha! Serious tak nak naik 
dah. GD and the gang dah tunggu dekat bawah kan.Mereka gelakkan jew-.-
Lepas tu GD and the gang naik lagi.Tahu lah badan mereka tu kecil senang nak
naik tangga.Tak penat ke? Grrr-.-Then jalan punya jalan ada jumpa tempat yang
bentuk dia lebih kurang macam masjid. Tak perlu gambar kay? hahaha :p tempat
tu act untuk budak2.Air pun cetek. Tapi ada dua gelongsor yang memang best 
gila.Mula2 Puan Saiza yang suggest main dekat situ.Cikgu kata lagi best daripada
gelongsor yang besar tu.Okay, test gelongsor yang pertama.Best. Naik lagi sekali.
Lepas tu nak turun sama2 dengan Zarith.Shuhada ambil gelongsor yang kedua 
and Zarith yang pertama.Turun sama2. Guess what? Shuhada sampai dulu. 
Dah sampai bawah, tunggu Zarith.Tak turun2. Hahaha, tunggu punya tunggu.
Dia tolak pakai tangan nak turun bawah.Kira tersekat lah tu :p Apak kesian.
Cerita dekat Zarith yang gelongsor kedua tu agak adventure sikit sebab dia punya
mencuram sikit.Pergh! Naik banyak2 kali.Bila dah bosan, balik dekat tempat
yang ada ombak2 bagai. Main dekat situ jew.Lepas dah main2 semua tu.Tukar
baju sebab dah nak balik. Lepas tu kira ikut kumpulan.Budak2 bas A semua dah
masuk bas.Lepas tu tetiba Cikgu Nazari dapat announcement dari Cikgu Hafiz
yang ada budak perempuan tinggal handphone.Semua kelam kabut lah Cikgu 
Nazari dah bising2. Dapat lagi sekali, seluar dalam perempuan pula tinggal-.-
Macam2.Cikgu Nazari kata cikgu dah panas dengan budak perempuan-.-
Lepas beberapa minit tu dapat announcement dari Cikgu Hafiz.
Cikgu kata dah ada orang ambil :3 maybe pelancong punya kot. Hahaha-.-
Cikgu Nazari tanya pasal handphone.Then Cikgu Hafiz kata yang handphone
tu act handphone Cikgu Maryapan-.-Memang semua orang gelak lah kan.
Hahaha, lepas semua dah settle.Gerak pergi hotel.Okay, sampai sini jew buat
kali nie.Tunggu part 2 punya pula okay? Gomawo.

16 September 2012

▲Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Shuhada ! Comment Kalau Suke !▲

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © 2010-2014 .All right reserved by Иʋяʋℓ Ƨнʋнα∂α