Followers.

Halaman

Ketahui 7 sikap wanita dengan melihat cara berjalan (=



11 April 2012




Δƨƨαℓαмʋαℓαικʋм ^^

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah.


Tidak memijak tanah? Haha! Budak HANTU lhaa-.- Okay , bace bawah nie (=


= Golongan wanita yang berjalan berginjat , wanita ini KONONNYA bersifat tidak jujur , mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika sedang berbual . Dia juga dikatakan terkenah dengan sikap egonya . Dan yang lebih parah , wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki ;D


2. Sering Menoleh Ke Kanan dan Kiri.


Suka toleh kanan kiri? Tak pandang depan keww? Langgar tiang karang baru tahuu. (Y)


= Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia . Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur , suka menipu kawan sendiri dan merugikan teman bualnya.Namun ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya . Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan?


3. Suka menunduk.


Alahaiii , yang nie pula suka menunduk. Kalau asyik tunduk jewww , macam mane nak jalan? Haha! 


= Wanita seperti ini katanya memiliki sifat tertutup .Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai.Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Disamping sikapnya yang dingin  , wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun , jika ade lelaki yang berjaya menawan hatinya , dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana , wanita jenis ini sangat setia dan tidak suka mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan.


= Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya.Jangan sesekali menentang apa yang pernah dikatanya , jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar.Meskipun pendiriannya teguh , tapi dia selalu berselisih pendapat.Jadi tidak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5. Badan Bergerak Ke Kanan dan Kiri.


Badan bergerak ke kanan dan kiri? Acaanoo tuu? o.O Haha-.-


= Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku.Apa pun masalah yang ada dihadapannya , dia menganggap itu sebagai perkara kecil.Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan.Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini , banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.


6. Badan Nampak Tegak.


= Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian yang teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini , dia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki dengan berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan Seperti Zirafah.


Ehh , seperti ZIRAFAH? Maksudnya? Haa , bace bawah niee ;D


= Maksudnya , ketika melangkah kaki , badannya kelihatan bergerak kehadapan dan kebelakang . Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung . Jadi , jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebanyak kenalah jaga perasaannya agar tidak tersinggung , kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Panduan ini bukanlah semata-mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh juga menjadi panduan untuk wanita2 diluar sana agar berjalan dengan sopan .Macam biasa , tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. 

Sumber :: Melayu Kini (=

Kauorang rase , syada yang mane satu? Haha! 
Anyway , benda nie untuk girls jew okay? 
Yang mane lelaki2 tuu , tengok2 kann lhaa aweksss kauorang tuu ;D
Kbye :*
▲Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Shuhada ! Comment Kalau Suke !▲

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © 2010-2014 .All right reserved by Иʋяʋℓ Ƨнʋнα∂α